Saya Mentor Terbaik yang Anda Cari

by Nurul Ain

Assalamualaikum semua 😊

Sihat ke semua tu ? Ain harap anda semua baik-baik sahaja ye. Risau sebenarnya tengok kes Covid-19 yang meningkat mendadak sekarang.

Ya Allah, lindungilah kami semua dan hapuskan lah virus Covid-19 ini ya Allah, ampuni kekhilafan kami sebagai hambaMu. Aamiin ya rabb.

Baiklah, kali ini Ain nak perkenalkan serba sikit tentang Ain kepada anda semua, dan kenapa Ain adalah mentor terbaik untuk bantu anda dalam projek FTL ni.

Kenapa perlu ada mentor untuk mulakan bisnes? 

Okay lah, sebelum tu anda semua kena tau kenapa kena ada mentor especially bila baru nak mulakan bisnes ni.  Mentor ni adalah orang yang berpengalaman dalam bisnes yang kita mahu ceburi dan sudah ada pencapaian dalam bisnes tu.

Peranan mentor ini adalah untuk membimbing, berkongsi ilmu, berikan sokongan kepada kita sebagai orang baru, dan menjadi inspirasi untuk kita buat bisnes.

Jadi sangat penting untuk kita pilih mentor yang terbaik untuk mulakan bisnes.

Ain adalah mentor terbaik anda.

Sorry tau kalau Ain macam angkat bakul dekat entry ni. Tapi, bagi Ain penting untuk anda tahu ciri-ciri mentor yang akan anda pilih ❤️

So, kenapa perlu pilih Ain sebagai mentor anda ?

1. Berjiwa besar dan tidak mudah putus asa. 

Ain adalah seorang yang sangat berjiwa besar dan tidak mudah putus asa. Ain mempunyai impian yang sangat besar.

  • Ain nak miliki income 5 angka
  • Ain nak ada masa yang berkualiti untuk keluarga.
  • Ain nak berikan  keselesaanm & yg terbaik kepada anak, ibu bapa, dan keluarga serta bantu lebih ramai ummah yang memerlukan.

Ain tahu untuk Ain capai impian Ain, Ain perlu berusaha keras dari sekarang. Waktu muda ni lah masa untuk ain cari peluang jana income lebih.

Jadi, apa yang Ain buat? Ain buat side income. Kalau ikotkan pekerjaan Ain sekarang dah agak stabil, Ain bekerja sebagai pensyarah tapi Ain tak nak berada dalam zon yang selesa.

Jadi, Ain korbankan sedikit masa sekarang untuk kesenangan hari mendatang ❤️

Jadi, kalau anda risaukan semangat anda patah di pertengahan jalan buat bisnes, ingatlah Ain adalah orang pertama yang akan sambut tangan anda, pimpin tangan anda untuk bangun, berlari menuju kejayaan. Ain takkan biarkan anda terkapai-kapai. InsyaAllah.

2. Proven income 4 angka alhamdulillah. 

Okay, ini Ain share side income Ain buat bisnes Shaklee by Dr Forrest untuk bulan March 2021.

Walaupun masih bekerja sepenuh masa, tapi Ain masih mampu menjana side income sebanyak 4 angka. Tidak ada yang mustahil pon tau. Kalau Ain boleh, anda semua lagi boleh. Ain akan share tips dan bantu untuk anda jana income 4 angka dan insyaAllah kita sama-sama target lebih lagi okay?

Tapi mestilah seiring dengan usaha taw, pada masa yang sama kena doa sungguh-sungguh pada Allah. InsyaAllah rezeki Allah tu luas. Kalau Dia mengkehendaki rezeki tu untuk kita, pasti ada jalan yang dilorongkan untuk kita.

3. Mentor yang jelas matlamat & target utk dicapai

Ain seorang yang ada matlamat yang jelas dalam setiap apa yg Ain buat. Setiap bulan, Ain akan senaraikan target utk dicapai pada bulan tersebut dan Ain akan fokus untuk capai target tu whatever it takes.

Untuk berjaya, kita perlu ada matlamat yang jelas, kenapa kita nak usaha sungguh-sungguh? Apa target yang kita nak capai? Barulah minda kita akan bekerja ke arah itu dan secara tidak langsung tindakan kita juga akan seiring dengan minda kita.

Jadi, benda yang sama Ain akan terapkan pada anak bisnes Ain, perkara pertama anda perlu jelas apa matlamat anda. Apa Big Why anda untuk berjaya. Dan Ain akan bantu anak bisnes Ain letakkan target dengan betul dan berkesan insyaAllah.

4. Mentor yang mudah didekati 

Secara jujurnya, memang sejak dulu lagi, ramai yang cakap Ain ni jenis mudah didekati dan mesra. Tak rasa janggal untuk bercakap, first time jumpa pon dah boleh rasa macam dah lama kenal.

Jadi, sebagai mentor anda, anda akan rasa senang untuk bertanya pendapat, pandangan, dan tunjuk ajar. InsyaAllah Ain akan bantu sehabis baik, segala ilmu yang ada Ain xkan lokek untuk kongsikan.

Ain ni, kalau orang rajin bertanya, usaha sungguh-sungguh, Ain lagi lah sudi nak mengajar & bantu sehabis baik.

5. Consistent bantu dan sharing tips bermanfaat dalam bisnes.

Ain sangat active dalam group coaching dengan anak-anak bisnes Ain. Oh ya, Zenith of Success adalah nama group bisnes Ain ✨

Di group whatsapp, Ain akan share sebanyak mana ilmu yang Ain ada dan Ain dapat kepada mereka. Ain sangat terbuka untuk anak-anak bisnes bertanyakan sebarang soalan.

Kami dalam group seperti keluarga, sama-sama saling bantu beri semangat satu sama lain, berkongsi pandangan, berkongsi bahan marketing dan banyak lagi. Benda yang sama juga anda akan dapat bila Ain jadi mentor anda semua tau.

6. Consistent buat group coaching dan personal coaching dengan anak bisnes.

Setiap bulan, Ain akan ada group coaching melalui Zoom Meeting dengan anak-anak bisnes Ain.

Kami akan bincangkan lebih detail apa yang boleh kami buat untuk naikkan sales, apa yang kami perlu improve untuk bulan seterusnya, dan sama-sama berkongsi strategi untuk gemukkan income melalui sales bisnes ni.

Tiada istilah kedekut ilmu atau jaga periuk nasi sendiri dalam group Ain. Alhamdulillah.

Oh ya, Ain juga ada buat personal coaching dengan anak bisnes Ain. Yela, kadang-kadang bila one to one coaching ni lagi banyak kita berani nak tanya kan.  (Boleh tengok gambar di bawah ni ye).

Jadi, ini juga faktor besar kenapa Ain perlu jadi mentor anda semua.

 

7. Ada group coaching yang sangat besar dengan top leaders.

Bagi Ain, point 6 ni adalah salah satu sumber kenapa Ain masih berada dalam Shaklee.

Kerana apa? Kerana leader-leader yang ada di dalam group kita, group yang korang akan join bila daftar bawah Ain ni sangatttttt terbaik. Super duper supportive, segala tips kejayaan mereka dan selok belok bisnes serta strategi utk berjaya juga mereka kongsikan.

Pendek kata, nak berjaya senang je taw. Join je setiap kali ada sharing dari top leaders kita ni. InsyaAllah, ilmu mencurah-curah untuk korang gunakan dalam bisnes ni. ❤️

Bukan tu je, setiap bulan team Ain akan ada sekurang-kurangnya sekali perjumpaan dengan top leader kita, Master Ainul dan Master Dzuha. Mereka sanggup luangkan masa untuk adakan personal meeting dengan leaders dan downline bawah mereka untuk bantu atur strategi, berikan pandangan dan teguran apa yang boleh kita improve untuk naikkan sales.

 

 

8. Direct mentor Ain sendiri mempunyai pengalaman 10 tahun dalam Shaklee.

Ain mendapat bantuan, bimbingan dan sokongan daripada direct mentor, rank Key Coordinator yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun dengan bisnes Shaklee.

Segala ilmu yang Ain peroleh daripada beliau, Ain akan salurkan kepada anak-anak bisnes Ain. Jadi, sangat beruntung berada di bawah susur galur ni kerana segala ilmu bisnes sentiasa dikongsikan bersama.

9. Mempunyai asas dalam digital marketing

Okay, ini kira bonus kalau Ain jadi mentor anda kerana team Ain ada kepakaran dalam digital marketing.

Digital marketing merupakan channel yang sangat berkesan lebih-lebih lagi semenjak pandemik Covid-19 ni. Kebanyakan pengguna menggunakan Internet secara optimum untuk mencari maklumat, jual beli, bersosial (FB, IG, Tiktok dan lain-lain)

Dan yang bestnya, projek FTL by Dr Forrest ni pula memang bisnes yang boleh dibuat secara online 100%. Jadi, anda boleh ambil peluang ini juga untuk belajar asas tentang digital marketing juga seperti copywriting, Search Engine Optimization, Facebook Ads dan lain-lain.

Okayy, so inilah serba sedikit pasal Ain dan kenapa anda perlu pilih Ain sebagai mentor anda tau.

Untuk makluman, Ain adalah seorang isteri dan mempunyai seorang anak dan Ain masih bekerja sepenuh masa. Kalau Ain yang bekerja sepenuh masa boleh buat bisnes ni sebagai side income, anda semua juga pasti boleh. Percayalah !

Kalau anda risau tak dapat nak beri komitmen untuk projek ni, ingatlah projek FTL ni adalah projek paling mudah dan modal sangat rendah tapi keuntungan yang lumayan dan berbaloi-baloi.

Jom daftar dan jadi salah seorang team Ain, kita berjaya sama-sama.

Contact Ain sekarang ❤️

Nurul Ain Ibrahim
Shaklee Business Leader

Anda mungkin berminat

Leave a Comment