Kursus Mobile Spa & Kecantikan BOTG 2022

by Nurul Ain
  • Anda berminat untuk berniaga tapi takut risiko kerugian?
  • Nak bisnes tapi tidak tahu bisnes apa yang terbaik?
  • Nak bisnes tapi tidak tahu untuk bermula dari mana?
  • Nak bisnes tapi kekurangan modal?
  • Nak bisnes yang ada career development?

Jika anda setuju seperti di atas, SAH! Bisnes mobile Spa BOTG adalah pilihan terbaik untuk anda. Jom kita baca dengan lebih mendalam apa peluang yang BOTG mampu tawarkan kepada anda.

Apa yang anda perlu tahu tentang Kursus Mobile Spa BOTG

Jom Ain ceritakan kelebihan Mobile Spa BOTG (Beauty On The Go) dan kenapa anda perlu pilih platform bisnes ini sebagai peluang keemasan kerjaya anda.

Untuk pengetahuan anda, para wanita yang sertai mobile spa BOTG pada hari ini datang dari berbagai latarbelakang kerjaya.

Ada yang mempunyai kelulusan PhD, master, yang bekerja sebagai doktor, pensyarah, guru, engineer, akauntan, pelajar universiti, dan juga surirumah

 

Kelas facial Spa yang di jalankan di HQ Shaklee

Mari kita lihat dulu apa itu mobile spa.

Mobile Spa BOTG

Mobile spa BOTG adalah program spa bergerak tanpa kedai yang boleh dibuat di rumah pelanggan, rumah sendiri atau dimana sahaja yang bersesuaian. Ia boleh dibuat mengikut keselesaan pelanggan selagimana ia sesuai untuk menjalankan aktiviti facial spa

latihan dalam Kursus Spa

Hands-on training dalam kursus Spa BOTG

Mereka hanya hubungi dan buat temujanji dengan kita, dan kita akan ke tempat mereka.

Mobile Spa ini memberi kemudahan kepada para ibu yang mempunyai masalah masa yang terhad, tiada kenderaan, kekangan kerja, dan sebagainya.

Kos pengangkutan akan dikenakan kepada pelanggan bergantung kepada lokasi mereka. Therapist mobile spa akan bawa segala kelengkapan spa yang diperlukan.

 

Butik Spa Biasa

  • Modal yang tinggi
  • Sewa bulan kedai yang mahal (RM1-3k sebulan)
  • Gaji pekerja (RM2-4k sebulan)
  • Bil api & air yang tinggi
  • Risiko pekerja berhenti
  • Sukar membuka cawangan
  • Perlu simpan stok yang banyak

Mobile Spa BOTG

  • Modal rendah & mudah
  • Rendah risiko
  • Partime atau fulltime
  • Untung lumayan
  • Pendapatan pasif setiap bulan
  • Mudah buka cawangan & grow team sendiri
  • Tidak perlu pekerja

 

Review Therapist BOTG

Klik pada gambar untuk besarkan

 

9 Kelebihan sertai Kursus Mobile Spa BOTG

Anda pasti tertanya-tanya apa kelebihan yang ada pada Mobile Spa BOTG kan, kenapa anda perlu sertai kursus Mobile Spa BOTG dan menjadi sebahagian daripada BOTG team?

Terlalu banyak kelebihan dan keistimewaan yang disediakan dalam bisnes spa BOTG ni sebenarnya.

1. Modal yang rendah

Konsep facial spa BOTG memerlukan modal yang sangat rendah.

Modal rendah yang diperlukan merangkumi kesemuanya ilmu eksklusif, kemahiran facial spa, kelengkapan peralatan spa, ilmu bisnes spa, ilmu marketing semua ada.

Pendek kata, kos sangat rendah jika dibandingkan dengan pulangan income unlimited yang anda akan perolehi.

2. Pulangan yang lumayan

Mobile Spa BOTG membolehkan kita untuk menjana income bukan sahaja daripada servis spa, malah peluang untuk jana income dari 6 penjuru juga akan diajar!

Teknik jana income 6 penjuru ini sangat-sangat istimewa dan tidak mungkin akan dapat dalam mana-mana program mobile spa yang lain.

Income yang boleh mencecah 5 angka setiap bulan.

Therapist akan diajar cara untuk menjana pasif income setiap bulan,

Bukan hanya bergantung kepada income servis spa semata-mata, anda akan diajar cara untuk mendapatkan pasif income dan mempunyai career development dan bagaimana untuk buka franchise mobile spa di seluruh malaysia.

Income yang dijana dari servis facial spa itu sendiri juga sangat lumayan kerana Income adalah 100% milik anda.

Kebiasaanya, ramai pelanggan yang tiada masa untuk ke butik spa, orang bekerja yang ada masa limited juga lebih suka pilih mobile spa, begitu juga suri rumah yang sukar untuk tinggalkan anak-anak, jadi mereka akan memilih servis mobile spa.

 

3. Proven success dari Mentor dan sistem BOTG yang sistematik

Sistem Mobile Spa BOTG telah berjaya melahirkan ramai mentor yang berjaya capai income 4-5 angka dengan mudah, malah ada diantara mereka yg mencapai income 5 Angka secara konsisten setiap bulan.

kejayaan ahli kursus Spa

Proven success dengan pendapatan 5 Angka

Pasti anda tertanya-tanya, macam mana dengan hanya join training mobile spa bermodalkan sangat rendah tapi berjaya capai 5 angka income?

Ya, ini adalah sebab utama kenapa anda perlu join kerana sistem BOTG yang ada adalah sangat terbaik, anda bukan hanya akan diajar cara untuk buat servis spa, tetapi sistem BOTG menyediakan peluang kerjaya untuk bantu therapist mempunyai career development melalui teknik 6 penjuru income yang akan diajar.

Teknik ini tidak akan anda dapat dari mana-mana pakej training spa yang lain.

MasyaAllah sangat terbaik platform yang disediakan, dan yang pastinya anda tidak akan ditinggalkan keseorangan untuk jalankan bisnes servis facial spa.

 

4. Risiko yang rendah

Risiko yang rendah bagi yang menjana income melalui platform mobile spa BOTG.

Tiada kos yang diperlukan untuk buka premis kedai yang kebiasaannya mencecah hingga ratusan ribu ringgit, tiada kos untuk bayar gaji staff, kos utiliti dan sebagainya, risiko yang sangat rendah untuk pulangan yang lumayan, menarik kan.

5. Training secara one to one atau kumpulan kecil

Semua training BOTG adalah secara one -to-one atau dalam kumpulan yang kecil sahaja.

Sangat terbaik pendekatan yang digunakan ini berbanding training yang diberikan secara beramai-ramai dalam kumpulan yang besar.

Ini adalah untuk pastikan trainer dapat menyampaikan ilmu teknik facial dengan lebih berkesan dan lebih terperinci, trainer juga dapat fokus kepada setiap therapist serta terus menegur dan betulkan therapist sekiranya teknik salah ketika training dijalankan.

peserta Kursus Spa

Sijil diberikan selepas Kursus Spa BOTG

Ada 6 teknik eksklusif facial spa yang akan diajar kepada therapist. Trainer akan pastikan setiap therapist apply teknik yang betul sebelum berpindah ke teknik yang seterusnya.

Teknik yang sangat praktikal, mudah difahami dan pastinya dapat berikan kepuasan yang terbaik kepada pelanggan. InsyaAllah.

Kami juga akan ajarkan teknik komunikasi yang efektif juga diajar kepada therapist untuk pastikan servis yang diberikan adalah secara profesional dan beretika supaya pelanggan berasa selesa dan ini penting untuk mewujudkan kepercayaan pelanggan untuk menjadi pelanggan tetap dikemudian hari.

 

Best kan, training BOTG spa bukan hanya fokus kepada praktikal spa semata-mata, konsep yang dititik beratkan adalah “kepuasan dan keselesaan pelanggan, keutamaan kami”.

Jadi, kalau anda rasa anda adalah seorang yang ada masalah komunikasi dan tidak pandai untuk berinteraksi dengan baik, jangan risau, support system BOTG akan sentiasa membantu.

Oh ya, lama ke sesi training ni? Tak lama pun, 2-3 jam paling lama. Best kan. Apa lah sangat masa yang diperlukan untuk training 2-3 jam.

Dengan peluang kerjaya yang mampu memberi pulangan income yang lumayan ni. Sangat berbaloi, percayalah.

6. Ada support group yang berterusan

Okay, yang ini Ain boleh katakan kebanyakan daripada khidmat training facial spa diluar sana TIDAK sediakan kelebihan ini, tapi berbeza dengan BOTG facial spa!

Support group yang berterusan adalah antara sebab utama kenapa anda perlu join BOTG.

team mobile spa

Team yang akan saling membantu untuk kembangkan mobile Spa anda

Puan Ainul, trainer yang juga merupakan founder BOTG adalah merupakan professional trainer yang telah sertai berbagai jenis training facial spa, dan katanya hampir kesemua training yang beliau join tidak mempunyai support group yang berterusan, setelah training selesai, maka therapist perlu berdikari dan pandai-pandai lah gunakan ilmu yang telah diajar.

 

Bayangkan, tiada lagi tempat untuk kita rujuk sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan.

TETAPI BOTG berbeza, ia mempunyai support group yang berterusan, dan team yang sangat aktif, supportive, tak lokek dengan ilmu langsung, sebarang kemusykilan tanya sahaja di group, pasti ramai yang akan membantu.

Dalam BOTG team, anda tak akan pernah rasa keseorangan, malah akan lebih bersemangat dan positif setiap hari untuk berusaha buat yang terbaik dalam berbisnes.

Berbagai ilmu yang dikongsikan di dalam support group, ilmu marketing, cara buat marketing menggunakan platform Youtube, Facebook, Telegram, Instagram semua dikongsikan.

Teknik hasilkan video marketing yang bagus, teknik close sale servis spa, teknik recruitment untuk team mobile spa di seluruh Malaysia, semuanya anda boleh dapat di dalam support group ni. Subhanallah, terbaik sangat kan.

Percayalah anda akan berpuas hati malah bersyukur kerana dipertemukan dalam circle yang sangat positif dan saling bantu sama lain ni.

7. Module training disediakan

Module training yang disediakan sangat praktikal, mudah difahami, lengkap dan padat dengan step untuk setiap teknik facial spa yang diajar.

sijil diberikan selepas kursus spa

Saya selepas selesai sesi latihan kursus Spa BOTG

Ada 6 teknik yang akan diajar oleh trainer semasa training. Senang ada module training ni, balik nanti boleh rujuk modul je balik apa yang telah diajarkan.

Di sepanjang training, anda akan belajar teknik sambil apply terus, kerana teknik belajar yang paling berkesan adalah dengan mempraktikan apa yang telah dipelajari.

Jadi sambil buat spa, anda boleh rujuk module training juga supaya nanti senang, bila dah balik rumah, anda rujuk module training je pun anda dah boleh bayangkan setiap step yang anda buat ketika training.

Dan yang bestnya dalam team BOTG ini, semua akan saling bantu membantu sekiranya teknik urutan mungkin terlalu lembut atau kuat, atau sebagainya.

Jadi, kita tahu kat mana kita boleh improve. Trainer juga akan memantau setiap therapist untuk setiap teknik yang dibuat.

8. Pakej training lengkap dengan peralatan Spa

Keistimewaan yang ada pada sistem BOTG adalah pakej training yang disediakan lengkap dengan peralatan spa termasuk skincare exclusive yang digunakan untuk servis spa.

Pendek kata selesai sahaja training, therapist sudah boleh terus buat servis spa tanpa perlu pening fikirkan keperluan untuk jalankan servis spa kerana pakej BOTG sudah termasuk semuanya.

Produk skincare yang kita guna untuk servis facial spa adalah skincare berkualiti tinggi yang dikeluarkan oleh Shaklee, produk yang terbukti menggunakan bahan semulajadi dan dijamin selamat & bebas daripada 1500 jenis bahan kimia terlarang.

Produk skincare Shaklee ini mempunyai ujian klinikal dan telah dijalankan ke atas 100 orang wanita untuk memastikan keberkesanan produk dan telah melalui 8 tahun kajian research sebelum dipasarkan.

 

Selain daripada itu, BOTG menggunakan special recipe dimana bahan yang digunakan untuk masker dan face scrub bagi facial spa juga boleh dimakan.

Ini bermakna produk yang digunakan adalah selamat untuk perut, jadi apatah lagi untuk kulit, semestinya selamat tanpa sebarang keraguan.

Produk yang digunakan telah memenangi award Malaysia’s most trusted brand by Reader’s Digest selama 2 tahun berturut-turut bagi tahun 2021 dan 2022.

Produk yang digunakan telah memenangi award Malaysia’s most trusted brand by Reader’s Digest

 

award kursus spa

Sumber : Trusted Brands Asia

Jadi kepuasan hati pelanggan pasti dapat dirasai selesai sahaja mendapat facial spa dari therapist BOTG.

 

9. Mempunyai payslip yang sah dan laku di bank tempatan

Payslip ni bukan dapat daripada income servis facial spa ya, kerana servis facial spa adalah sepenuhnya dijalankan oleh anda sebagai business owner.

Tetapi payslip yang dimaksudkan adalah kerjaya jangka masa panjang yang anda akan dapat pelajari daripada kursus BOTG ini.

Kerjaya yang mempunya payslip yang sah dan laku di bank tempatan, hal ini kerana produk yang diguanakan adalah produk yang sudah berada lebih daripada 30 tahun di pasaran dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Sudah terbukti ramai ahli Mobile Spa BOTG berjaya membesarkan pendapatan dan menggunakan payslip ini untuk beli aset seperi kereta, hartanah.

Malah dalam masa yang singkat sahaja mereka mendapat loan approval dari bank kerana payslip yang diyakini sah dan laku di bank tempatan.

Bagi surirumah yang sedang mencari peluang untuk jana pendapatan.

Ain sangat berbesar hati untuk bantu anda melalui kursus Mobile Spa BOTG ini insyaAllah.

 

Peluang kerjaya mobile spa BOTG bantu wanita jana pendapatan

Dari kelebihan yang Ain senaraikan di atas, anda boleh lihat betapa besar peluang kerjaya yang mobile spa BOTG sediakan terutama untuk para wanita.

mobile spa

Mobile Spa hanya dari rumah

Tidak kira sama ada anda seorang:-

  • Surirumah
  • Wanita bekerjaya
  • Pelajar yang masih belajar di universiti
  • Pelajar lepasan SPM
  • Graduan IPTS/IPTA,

Atau sesiapa sahaja yang bercita-cita untuk menjadi founder mobile spa sendiri dan mempunyai franchise yang besar di seluruh Malaysia.

Anda mampu untuk mengubah nasib hidup ke arah lebih baik dan mampu menjana pendapatan yang besar dan secara pasif dengan hanya menyertai kursus mobile spa BOTG.

Inilah masanya untuk anda mulakan langkah, percayalah kejayaan pada masa akan datang bermula daripada usaha anda pada hari ini.

Tiada yang mustahil insyaAllah kerana terlalu ramai wanita yang berjaya melalui platform mobile spa BOTG ini.

Jom kita dengar pula sharing dari Cik Puan Sharifah yang kini mempunyai 20 buah francise mobile Spa BOTG di seluruh Malaysia.

Pelaburan modal untuk jana pendapatan hingga 5 angka

Pasti anda tertanya-tanya berapakah pelaburan modal yang diperlukan untuk menyertai kursus mobile spa BOTG dan seterusnya menjadi alumni BOTG dan dapat jalankan servis mobile spa BOTG serta merta dengan pakej lengkap yang disediakan.

set Shaklee untuk rawatan spa

Modal yang diperlukan hanyalah RM1999 untuk pakej lengkap kursus mobile spa BOTG.

Murah sangat kan ? Ya sangat murah nak dibandingkan dengan peluang untuk anda menjadi business owner mobile spa sendiri dan mempunyai franchise di seluruh Malaysia.

Dengan bayaran RM1999, anda akan mendapat:

  • Satu set lengkap kit peralatan spa lengkap dengan produk kecantikan (boleh terus buat servis spa selesai sahaja kursus)
  • Module Training yang praktikal dan sangat mudah difahami
  • Kursus mobile spa secara one to one bersama trainer terlatih
  • Dapat sijil penyertaan
  • Dapat sertai group telegram BOTG iaitu group support yang sangat aktif
  • Dapat sijil penyertaan
  • Dapat sertai group telegram BOTG iaitu group support yang sangat aktif
  • Dapat akses semua marketing tools yang disediakan oleh BOTG platform
  • Dapat sertai kelas mingguan mobile spa BOTG yang lengkap dengan ilmu kecantikan
  • Berpeluang sertai London Trip yang akan dijalankan pada Februari 2023 akan datang
  • Diajar ilmu dan teknik untuk jana 5 penjuru income selain dari servis mobile spa
  • Menjadi spa trainer dan business owner mobile spa sendiri
  • Berpeluang yang sangat besar untuk buka franchise mobile spa sendiri di seluruh Malaysia
  • Mempunyai career development dan juga payslip income yang sah di bank tempatan
  • Income bersih milik sendiri

NOTA : Kursus SPA BOTG ditutup buat masa ini, link yang diberikan adalah sumber untuk Kursus Spa yang dijual di Shopee oleh pihak ke-3. Sila semak dengan penjual di Shopee untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin berminat

1 comment

Fauziah November 3, 2022 - 7:54 pm

Terbaik Kursus mobile spa BOTG dgn Ain ni, lps join sekejap je dapat pulang balik modal

Reply

Leave a Comment